Sasaran Pakatan Sarawak tak realistik, kata penganalisis


Bede Hong

SASARAN Pakatan Harapan (PH) Sarawak untuk menang 10 kerusi Parlimen lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak realistik, kata penganalisis.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengumumkan pakatan pembangkang itu akan bertanding di semua kerusi 31 kerusi.

Dalam pengumuman yang dibuat di konvensyen PH di Sibu, Sarawak yang disiarkan secara langsung di Facebook, Chong berkata pakatan pembangkang di negeri itu menyasarkan untuk “menyumbang” sepuluh kerusi tambahan.

Penganalisis menggambarkan sasaran yang diletakkan itu tinggi.

“Itu impian yang sangat besar. Saya tak fikir mereka boleh bangkit. Mereka sebenarnya bertahan,” kata Jeniri Amir, seorang penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak.

Jeniri berkata pengumunan Chong itu harus dianggap sebagai hanya “pemangkin kepada keyakinan akar umbi”.

“Sebab pada hakikatnya, pembangkang, terutamanya DAP sudah mencapai jumlah kerusi maksimum yang boleh mereka capai di kawasan bandar.

“Adakah awak nak beritahu saya mereka boleh menang di Bintulu? Di sana Tiong sangat kuat,” kata Jeniri, merujuk kepada ahli perniagaan dan ahli Parlimen Tiong King Sing yang berpengaruh dan mengetuai parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu PDP (Parti Demokratik Progresif).

PH kini menguasai enam kerusi parlimen, iaitu kawasan majoriti Cina - Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri. Miri dikuasai PKR, manakala selebihnya dimenangi DAP.

Bagi pihan raya umum akan datang, DAP akan mempertaruhkan 11 kerusi, PKR 15 dan lima dari Amanah.

Amanah yang menyertai PH pada 2015 akan bertanding di kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2013. – 20 Januari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen