KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 30 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan tempat kerja mendominasi senarai hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, dari 30 kluster baharu, 18 dikaitkan dengan tempat kerja, 10 daripadanya adalah komuniti dan dua kluster dikesan di antara kumpulan berisiko tinggi.
Negeri dengan kluster paling banyak hari ini adalah Kelantan dengan lapan kluster, di mana enam berkaitan jangkitan komuniti.
Johor pula mencatatkan tujuh kluster yang mana semuanya berkaitan dengan tempat kerja.
Negeri lain yang melaporkan kluster baharu adalah Pahang dan Perak masing-masing tiga kluster, Sarawak, Kedah dan Selangor masing-masing dua serta Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing satu kluster.
30 kluster baharu Covid-19 adalah:
Tempat kerja:
1. Industri Seroja 28 di Kulai, Johor (48 kes)
2. Industri Batu 10 Segamat di Segamat, Johor (36 kes)
3. Jalan Amal Bakri di Muar, Johor (27 kes)
4. Tapak pembinaan Jalan Mengkibol di Kluang, Johor (22 kes)
5. Industri Idaman 15 di Kulai, Johor (14 kes)
6. Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, Johor (12 kes)
7. Industri Parit Panjang di Pontian, Johor (10 kes)
8. Industri Korporat Satu di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat, Selangor (266 kes)
9. Industri Sg Pinang 5/1 di Klang dan Kuala Langat, Selangor (30 kes)
10. Dah 12 Industri Kulim di Kulim, Kedah (103 kes)
11. Dah Ladang Pelam di Baling, Kedah (47 kes)
12. Jalan Tangok di Bachok, Kelantan (13 kes)
13. Lorong Taman Sari di Kota Bharu, Kelantan (7 kes)
14. Sawit Chini di Pekan, Pahang (41 kes)
15. Industri Mambang Diawan Tiga di Kampar, Perak (14 kes)
16. Jalan Sg Kluang di Southwest, North-East, North and Central Seberang Perai, Penang (42 kes)
17. Mas Sawai di Subis, Sarawak (15 kes)
18. Jalan Padang Hiliran di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu, Terengganu (45 kes)
Komuniti
1. Kg Pulau Sa di Pasir Puteh, Kelantan (23 kes)
2. Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan (19 kes)
3. Kg Kayu Rendang di Kota Bharu, Kelantan (14 kes)
4. Jalan Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan (8 ke)
5. Kg Paya Mengkuang di Pasir Mas, Kelantan (8 kes)
6. Kg Bakat di Pasir Mas, Kelantan (5 kes)
7. Kota Gelanggi Dua di Jerantut, Pahang (8 kes)
8. Kg Temalian di Raub, Pahang (11 kes)
9. Sg Belukang Baroh di Hilir Perak, Perak (28 kes)
10 Nansang Tugong di Pakan, Sarawak (51 kes)
Kumpulan berisiko tingg
29 Bukit Rasah di Seremban, Negeri Sembilan (43 ke)
30 Jalan Perak Kampar di Kampar, Perak (31 kes)
Noor Hisham berkata, penambahan kluster hari ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan di negara ini sebanyak 4,472 di mana 1,439 masih aktif dan 3,033 sudah tamat. – 23 Ogos, 2021.
Komen