144 kes Covid-19 dikesan di Paralimpik Tokyo


Sejak 12 Ogos lepas, seramai 144 orang yang terlibat dengan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 23 Ogos, 2021.

SERAMAI 144 orang yang terlibat dengan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dijangkiti Covid-19 sejak 12 Ogos lepas, lapor Agensi Berita Anadolu.

Menurut laman web rasmi Olimpik, 13 lagi kes jangkitan yang mempunyai kaitan dengan penganjuran Paralimpik 2020 telah dilaporkan pada Isnin.

Bagaimanapun, nama mereka yang positif virus berkenaan tidak didedahkan atas alasan privasi, menurut kenyataan itu.

Kerajaan metropolitan Tokyo mengesahkan 4,392 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad.

Jepun merekodkan jumlah jangkitan terkini sebanyak 22,285 sehingga 22 Ogos. – Bernama, 23 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen