MALAYSIA mencatatkan 17,672 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, yang mana ia merupakan angka paling rendah dalam 13 hari terakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 1,572,765.
Kali terakhir Malaysia mencatat jumlah kes terendah adalah pada 9 Ogos dengan 17,236 kes.
Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi setakat tengah hari ini dengan 4,316 kes. Bagaimanapun ia juga merupakan jumlah terendah dalam tempoh 41 hari terakhir.
Pada 12 Julai, negeri itu melaporkan jumlah kes terendah dengan 4,308 jangkitan.
Lembah Klang termasuk Putrajaya menyumbang 5,231 kes dengan Kuala Lumpur mencatat 891 kes dan Putrajaya 24 kes.
Sabah berada di kedudukan kedua di belakang Selangor dengan 2,4747 kes dicatatkan diikuti oleh Kedah dengan 1,602 kes.
Negeri-negeri lain yang mencatatkan peningkatan jangkitan baru-baru ini dan melaporkan lebih 1,000 kes harian hari ini adalah Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).
Negeri dan wilayah selain Kuala Lumpur serta Putrajaya dengan kes kurang 1,000 adalah (dalam susunan menurun) Perak (952), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57) dan Labuan (tujuh).
Pada keseluruhan kes mengikut negeri, Selangor menduduki tangga teratas dengan 561,826 kes, perbezaan besar berbanding Kuala Lumpur yang berada di kedudukan kedua dan Sabah yang ketiga, masing-masing mencatatkan 165,412 dan 124,412 kes.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 hari ini berkata bahawa 441,100 dos diberikan semalam, yang mana 303,545 adalah dos kedua sementara 137,555 adalah dos pertama.
Secara keseluruhan, 31.28 juta suntikan diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari. Ini bermaksud 55.6% populasi dewasa di Malaysia kini diberi vaksin sepenuhnya. – 23 Ogos, 2021.
Komen