MESEJ viral mengenai ahli parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa yang dikatakan sakit teruk kerana wabak Covid-19 tidak benar, menurut jurucakap Covid-19 Sabah, Masidi Manjun.
“Jelas sekali tidak benar. Beliau sihat dan baik sahaja,” akhbar online The Star memetik beliau sebagai berkata dalam satu laporan hari ini.
https://www.thestar.com.my/news/true-or-not/2021/08/22/sipitang-mp-yamani-is-in-good-health-says-masidi
Mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa Yamani dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
Yamani adalah anak sulung bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. – 22 Ogos, 2021.
Komen