22,262 kes Covid-19 hari ini, lapor KKM


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan hari ini menjadikan beban kes ditanggung Malaysia setakat ini sebanyak 1,535,286 di mana sepertiganya berpunca dari Selangor yang menanggung 552,131 jangkitan sejak pandemik bermula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 22,262 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam lepas dengan lapan negeri mencatat lebih 1,000 kes.

Jumlah dilapor hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding rekod tertinggi Malaysia sebanyak 23,564 jangkitan pada semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Lembah Klang terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 8,231 jangkitan baharu dengan Selangor melaporkan 7,011 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 1,220 kes.

Kes Covid-19 juga kekal tinggi di Sabah yang melaporkan 2,651 kes, diikuti Sarawak dengan 1,964, Johor (1,558), Kedah (1,880), Pulau Pinang (1,459) dan Kelantan (1,039), katanya.

Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 405 kes, Perak (946), Pahang (495), Labuan (9), Perlis (38) dan Putrajaya (41), katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan hari ini menjadikan beban kes ditanggung negara setakat ini sebanyak 1,535,286, sepertiganya berpunca dari Selangor (552,131).

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, sebanyak 483,855 suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam.

Tambah JKJAV, daripada jumlah itu, 155,030 merupakan penerima dos pertama sementara 328,825 penerima dos kedua.

Setakat ini, 53% atau 12,408,803 populasi dewasa telah diinokulasi sepenuhnya manakala 73.7% telah menerima dos pertama. – 21 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen