22,948 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Ravin Palanisamy

Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi buat hari ke 119 berturut-turut dengan 7,175 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2021.

MALAYSIA merekodkan 22,948 kes jangkitan baharu Covid-19 setakt tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes hampir mencecah 1.5 juta, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah terbaharu itu mengatasi kes tertinggi iaitu 22,242 kes yang direkodkan semalam.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi buat hari ke 119 berturut-turut dengan 7,175 kes, diikuti Sabah dengan 2,583 kes dan Kedah dengan 2,137 kes.

Jumlah kes di Sabah turut merekodkan angka tertinggi selepas merekodkan 2,413 semalam.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu termasuk Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621) dan Negeri Sembilan (556).

Perlis Putrajaya dan Labuan merekodkan kes di bawah 50, iaitu masing masing 42, 26 dan sembilan kes.

Mengikut jumlah keseluruhan, Selangor merekodkan  538,146 kes diikuti Kuala Lumpur (160,650) dan Johor (116,667).

Jumlah kes keseluruhan di seluruh negara adalah 1,489,460.

Semalam, sebanyak 531,114 suntikan vaksin diberikan yang mana 342,640 adalah dos kedua dan 188,474 dos pertama.

Secara keseluruhannya, sebanyak 29.36 juta dos vaksin Covid-19 diberikan dengan 17.6 juta atau 54% telah menerima dos pertama dan 11.7 juta atau 36% melengkapkan vaksinasi mereka dengan dua dos. – 19 Ogos, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen