MALAYSIA hari ini mencatat tiga rekod baharu kes pulih, angka harian dan jumlah kes aktif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebanyak 19,680 kes pulih dilaporkan hari ini, jumlah tertinggi pernah dilaporkan, tambahnya. Ini sekali gus menjadikan seramai 1,198,726 pesakit disahkan sembuh setakat ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 22,242 kes baharu Covid-19, berbanding 19,631 yang direkodkan semalam.
Jumlah terkumpul jangkitan kini meningkat kepada 1,466,512, katanya dalam kenyataan.
Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan kes aktif kini mencecah 254,484 kes, dengan 540 daripada 1,060 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU memerlukan bantuan pernafasan
Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 225 kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban kini 13,302 orang.
Menjelaskan lanjut pecahan kes baharu Covid-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata 18,631 atau 83.8% kes membabitkan individu tiada atau baru menerima satu dos vaksin.
Daripada jumlah itu, 8,955 pesakit berada dalam Kategori 1 (tiada gejala), 9,2977 Kategori 2 (gejala ringan), 122 Kategori 3 (radang paru-paru), 69 Kategori 4 (radang paru-paru dan perlu bantuan pernafasan) dan 188 Kategori 5 (kritikal dan perlu bantuan pernafasan).
Bagi pesakit Covid-19 yang lengkap dua dos vaksin pula, seramai 1,680 orang berada dalam Kategori 1, manakala Kategori 2 seramai 1,880 orang.
Seramai 22 pesakit lengkap menerima dua dos vaksin berada dalam Kategori 3, diikuti Kategori 4 (10) dan Kategori 5 (19). – 18 Ogos, 2021.

Komen