KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan rekod jangkitan harian paling tinggi dengan 22,242 jangkitan Covid-19 dalam 24 jam terakhir.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan jumlah dilaporkan hari ini menjadikan beban jangkitan ditanggung negara sebanyak 1,466,512.
Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,858 diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587) dan Johor (1,477).
Sebanyak 1,403 kes pula direkodkan di Sarawak, Kelantan (1,351), Perak (1,036), Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50) dan Putrajaya (25)
Labuan yang menyaksikan sifar kes semalam hari ini melaporkan lima jangkitan.
Labuan juga mencatatkan kadar vaksinasi lengkap tertinggi di negara ini dengan 89.7% populasi dewasa, atau 61,472 orang.
Sementara itu, kira-kira 48.7% populasi dewasa di Malaysia telah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya dengan dua suntikan, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.
JKJAV berkata 525,111 dos telah diberikan pada 17 Ogos, di mana 340,139 penerima doa kedua sementara 184,972, penerima dos pertama.
Dengan ini, 11.40 juta individu kini telah menerima dua dos manakala 17.43 juta orang atau 74.5% populasi dewasa telah menerima satu suntikan.

Komen