PAS sokong penuh Ismail Sabri sebagai PM, kata timbalan presiden


Ravin Palanisamy

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas bermesyuarat dengan pimpinan Barisan Nasional hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 Ogos, 2021.

SEMUA 18 ahli Parlimen PAS sebulat suara menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, kata timbalan presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keputusan tersebut katanya juga dipersetujui Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Kami sudah berbincang dan keputusan dicapai. Presiden juga mengesahkan keputusan tersebut.

“Justeru, kami memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri sebagai perdana menteri baharu,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno hari ini.

Turut bersama beliau adalah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tuan Ibrahim juga berkata akuan bersumpah semua ahli PAS akan dihantar ke Istana Negara sebelum 4 petang ini. – 18 Ogos, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen