New Zealand sahkan varian Delta punca 5 kes Covid-19


New Zealand melaporkan 5 kes Covid-19 membabitkan varian Delta yang menyebabkan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan. – Gambar AFP, 18 Ogos, 2021.

KES koronavirus yang menyebabkan New Zealand melaksanakan sekatan pergerakan disahkan sebagai varian Delta pada Rabu, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern, ketika empat lagi kes muncul.

Ardern berkata satu daripada kes baru membabitkan seorang jururawat di Hospital Auckland, yang dikenakan sekatan dalaman sementara semua kakitangan dan pesakit diuji.

Perdana menteri berkata penyebaran virus itu selari dengan keputusannya mengeluarkan arahan tinggal di rumah pada Selasa selepas kes awal dikenal pasti.

“Ini menunjukkan, pada tahap ini, tahap 4 (sekatan ketat) adalah tepat,” kata Ardern kepada TVNZ.

Kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun daru Auckland, mengakhiri tempoh enam bulan tanpa penularan komuniti di New Zealand, yang mencatatkan hanya 26 kematian Covid-19 dalam negara dengan penduduk 5 juta sejak bermulanya wabak global.

Rancangan awal adalah arahan sekatan pergerakan selama selama tiga hari, dengan Auckland dan kawasan Coromandel berdekatan dikenakan selama seminggu.

Ardern berkata strategi negara untuk menghapuskan virus tersebut, bukan sekadar membendungnya, berhasil sepanjang krisis dan beliau yakin ia akan berjaya melawan varian Delta yang sangat mudah menular.

“Ya, Delta menimbulkan ancaman lebih besar, tetapi cara yang sama sebelum ini akan berkesan sekali lagi jika kita patuh,” katanya.

Beliau ujian air buangan di Auckland tidak mengesan tanda virus itu, memberi harapan optimis.

“Ia memberitahu kita jika ada sesuatu, namun tidak akan menjadi wabak berpanjangan kerana tiada apa-apa dalam ujian air buangan,” katanya.

Pegawai berkata wabak terbaru tiada kaitan jelas dengan sempadan, dan siasatan menentukan puncanya sedang berjalan. – AFP, 18 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen