WAKIL rakyat Umno dan ahli Majlis Kerja Tertinggi sedang bermesyuarat untuk memutuskan siapa calon perdana menteri yang dipilih, di ibu pejabatnya di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Antara yang dilihat di lobi bangunan ialah Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin selain Tajudin Abdul Rahman (Pasir Salak), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan dilaporkan sudah tiba lebih awal untuk menghadiri mesyuarat itu.
Antara calon yang dipertimbangkan ialah Ismail Sabri Yaakob dan wakil rakyat veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ahli Parlimen Gua Musang.
Ismail Sabri yang juga bekas timbalan perdana menteri, mendapat sokongan 23 wakil rakyat Umno sementara 15 penyokong presiden parti, membantahnya.
Sumber berkata sokongan kepada naib presiden Umno itu datang daripada PN, di mana terdiri daripada 50 ahli Parlimen Bersatu, PAS dan STAR; diikuti dengan Gabungan Parti Sarawak (18), puak Ismail Sabri dalam Umno (23), MCA (2), MIC (1), PBS (1), PBRS (1) dan empat bebas.
Ahli Parlimen perlu menghantar surat akuan sokongan masing-masing ke Istanah Negara sebelum 4 petang esok, kata Yang di-Pertuan Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun awal hari ini.
Azhar berkata beliau diarahkan oleh istana untuk membantu proses penghantara surat akuan ahli Parlimen. – 17 Ogos, 2021.
Komen