JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia melepasi angka 13,000 selepas 293 pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kematian akibat koronavirus kini 13,077 kes.
Sementara kes aktif yang terus menunjukkan trend peningkatan sejak lebih 50 hari kini mencecah 252, 147 kes.
Daripada jumlah itu, 1,054 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 525 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sebanyak 19,631 jangkitan dilaporkan hari ini berbanding 16,468 pesakit yang pulih. Dengan jumlah itu, jumlah kes kumulatif di negara ini 1,444,270 sementara kes pulih sebanyak 1,179,046. – 17 Ogos, 2021.
Komen