PENGGUNAAN Akta Hasutan 1948 yang diwarisi dari British untuk mendakwa individu melanggar Perlembagaan kerana ia adalah undang-undang sebelum Merdeka, kata seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar Ibrahim pada perbicaraan kes liwat kedua 2014 berkata hanya Parlimen mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang sekatan ke atas kebebasan bersuara.
“Akta Hasutan adalah undang-undang sedia ada. Baiklah. Ia elok-elok sahaja. Awak boleh tampalnya di dinding. Tetapi awak tak boleh dakwa sesiapa menggunakannya kerana ia bukan undang-undang digubal Parlimen.
“Jadi ia adalah undang-undang sedia ada dan sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan,” kata Gopal pada ucapannya di auditorium baru Majlis Peguam Selangor di Seksyen 13, Shah Alam.
Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Peguam Selangor AG Kalidas. – 19 Januari, 2018.
Komen