6 lelaki Arab Saudi ditahan lakukan gangguan seksual terhadap pelancong


ENAM lelaki Aran Saudi ditahan kerana melakukan gangguan seksual seorang pelancong wanita yang melawat ibu negara itu di Riyadh, kata pendakwa raya.

“Kertas siasatan dibuka terhadap enam wargangara berusia 20-an berhubung insiden yang mana mereka mengepung kereta yang dinaiki pelancong asing dan menyerangnya secara lisan dan perbuatan,” kata sumber pendakwa raya kepada agensi berita SPA.

Keenam-enam tertuduh mengakui kesalahan itu ditahan dan sedang disiasat, tambah sumber.

Menurut sumber berkenaan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun berhubung insiden itu.

Usaha untuk menangani masalah serangan seksual di Arab Saudi diperhebat sejak kebelakangan ini.

Pada Mei 2018, kerajaan menetapkan serangan seksual sebagai jenayah dengan hukuman sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga 300,000 rial. 

Arab Saudi berharap dapat menjamin keselamatan pelancong asing bagi meningkatkan sektor pelancongan. – AFP, 16 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen