MALAYSIA merekodkan 19,740 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menurun sedikit berbanding angka semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam, sebanyak 20,546 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Rekod tertinggi setakat ini ialah pada Khamis lalu, 12 Ogos dengan 21,668 kes.
Kebanyakan kes dilaporkan sepanjang tempoh beberapa minggu terakhir ini ialah Kategori 1 dan 2, iaitu tidak bergejala atau bergejala sederhana.
Daripada jumlah kes hari ini, Lembah Klang melaporkan 7,066 kes baharu, dengan Selangor mencatatkan jangkitan terbanyak 5,706 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,360).
Sementara itu, negeri lain melaporkan lebih 1,000 jangkitan ialah Johor (1,510), Sabah (1,728), Sarawak (1,566), Kedah (1,592), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227) dan Melaka (1,120).
Negeri lain merekodkan kes baharu ialah Negeri Sembilan (343), Pahang (646), Terengganu (688), Putrajaya (43), Perlis (20) dan Labuan (2).
Sejumlah 415,875 vaksin Covid-19 diberikan semalam, dengan 143,671 adalah dos pertama sementara 272,204 bagi suntikan dos kedua.
Setakat ini, lebih 45% populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin dan 70% dewasa di negara ini menerima sekurang-kurangnya dos pertama. – 16 Ogos, 2021.
Komen