MUHYIDDIN Yassin selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mempersembahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri .
Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sebelum 12.30 tengah hari, dan keluar lebih kurang 40 minit kemudian.
Muhyiddin tiba ke rumahnya di Bukit Damansara kira-kira pukul 1.08 petang.
Beliau dijangka membuat pengumuman pada petang ini, yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Muhyiddin ke Istana Negara selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 10.30 pagi tadi.
Selepas mesyuarat berakhir, beberapa menteri menulis di media sosial membayangkan itu adalah mesyuarat mereka yang terakhir. – 16 Ogos, 2021.
MENYUSUL
Komen