AGENSI penarafan kredit Fitch Solutions menyemak semula pertubuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021 kepada 0% berbanding 4.9% sebelum ini, berikutan kes jangkitan Covid-19 kekal tinggi dan jangkaan perintah sekatan pergerakan dikuatkuasakan sepanjang tahun ini.
Laporan bertarikh 13 Ogos berkenaan, iaitu sebelum kelonggaran sektor ekonomi diumumkan semalam, berkata ekonomi akan kekal lembab sejak tahun lalu, ketika pandemik bermula.
Ia menyemak semula ramalan pertumbuhan 0% untuk tahun ini, melihat kepada pengecutan 2% bagi suku kedua tahun ini.
Ramalan pertumbuhan 4.9% sebelum ini hanya mengambil kira kepada sekatan pergerakan di seluruh negara hingga separuh pertama 2021, dan bukannya memasuki separuh kedua tahun ini, kata Fitch.
“Ramalan permintaan domestik suram, dan kini kita menjangkakan penggunaan swasta bertambah buruk berbanding 2020, sementara pelaburan mungkin akan hanya menunjukkan peningkatan kecil.
“Memandangkan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 mengganggu pemulihan Malaysia dengan kesan yang jauh daripada jangkaan sebelum ini, Fitch Solutions menyemak semula ramalan pertumbuhan KDNK untuk 2021 kepada 0% berbanding 4.9% sebelum ini.”
Walapun KDNK sebenar berkembang dengan 16.1% tahun ke tahun, Fitch Solutions berkata gambaran sebenar ekonomi ditunjukkan menerusi pengecutan 2% pada suku kedua tahun ini. – 16 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen