Segala keputusan PM berdasarkan Perlembagaan, kata Annuar Musa


Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata semua keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos 2021.

SEGALA keputusan yang diambil dan dilakukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Menurut beliau, semua keputusan yang dibuat oleh perdana menteri semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya.

“Perdana menteri mempunyai pelbagai pilihan cuma perkara yang pasti, berdasarkan beberapa siri perbincangan di peringkat kerajaan dan kepimpinan beliau (Muhyiddin) amat menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara, ” katanya selepas Majlis Doa Selamat sempena Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 80% imuniti kelompok di Kuala Lumpur hari ini. – Bernama, 15 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen