KKM lapor 29 kluster baharu Covid-19, 17 berkaitan tempat kerja


Sebanyak 29 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini di mana 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 10 kluster komuniti dan dua kluster dikesan dari kumpulan berisiko tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2021.

SEBANYAK 29 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini di mana 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Sementara itu, sebanyak 10 kluster adalah komuniti dan dua kluster dikesan dari kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Perak, Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Jumlah kluster yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 1,317 dan jumlah kluster di seluruh negara menjadi 4,183.

Tempat kerja: 

1. Industri Puncak Alam Enam di Kuala Selangor, Selangor (15) 

2. Industri Jalan Jurunilai di Klang dan Petaling, Selangor (160) 

3. Industri Alam Jaya 2/1 2 di Kuala Selangor, Selangor (30) 

4. Tapak Bina Persiaran Grandeur di Kuala Selangor, Selangor (36) 

5. Jalan Tahana Tampoi di Johor Bahru, Johor (29) 

6. Jalan Sri Plentong Lapan di Johor Bahru, Johor (22) 

7. Industri Angkasa Mas Utama di Johor Bahru, Johor (27) 

8. Jalan Tahana Tampoi Dua di Johor Bahru, Johor (15) 

9. Industri Jalan Minyak Beku di Batu Pahat, Johor (13) 

10. Industri Jalan 6/44 Padang Tembak di Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan (9) 

11. Cabang Empat Gunong di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan (9) 

12. Tapak Bina Universiti di Kampar, Perak (33) 

13. Tapak Bina Jalan Bemban di Kinta, Perak (67) 

14. Tapak Bina Jalan Sri Hartamas di Kepong, Kuala Lumpur (61) 

15. Dah Tujuh Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah (34) 

16. Segama Batu Satu Lahad Datu di Lahad Datu, Sabah (18) 

17. Zon Industri Jejawi di Kangar, Perlis (23) 

Komuniti:

18. Kampung Che Bee Salor di Kota Bharu, Kelantan (13) 

19. Kampung Perupok Tikat di Kota Bharu, Kelantan (11) 

20. Kampung Berek Pak Tua Long di Pasir Mas, Kelantan (24) 

21. Kampung Bongok Kerayong di Bera, Pahang (41) 

22. Kampung Luit Maran di Maran, Pahang (20) 

23. Paka Kawiyan di Ranau, Sabah (41) 

24. Tangkuyan di Kinabatangan, Sabah (129) 

25. Batu 16 Sumun Hilir Perak, Perak (27) 

26. Dah Kampung Pasir di Kubang Pasu, Kedah (38) 

27. Kampung Sungai Laruh di Kuching, Sarawak (13) 

Kumpulan berisiko tinggi:

28. Jalan Cheras 2 di Hulu Langat, Selangor (15) 

29. Jalan Sentosa Rawang di Gombak, Selangor (26) – 15 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen