Dikejutkan dengan kes maut KL, Pulau Pinang didik penduduk PPR


Looi Sue-Chern

Exco Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo (kemeja biru) sudah mengarahkan kerja-kerja memberi kesedaran dan mendidik penghuni PPR di Pulau Pinang dimula secepat mungkin selepas tragedi maut yang berlaku di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight, 19 Januari, 2018.

SIKAP membuang sampah dari tingkat atas adalah perkara harian yang perlu dihadapi penduduk Perumahan Awam Taman Manggis di Pulau Pinang.

Penyelia kawasan perumahan itu berkata sampah dibuang dari tingkat atas adalah perkara biasa di situ.

Malah kadang kala objek besar juga dibuang ke bawah, kata lelaki yang enggan dinamakan itu.

Penyelia itu berkata serpihan batu bata dan meter air pernah jatuh berhampirannya.

“Beberapa hari sebelum kejadian di Kuala Lumpur, laci dibuang ke bawah. Hampir terkena orang,” katanya.

Pada 15 Januari lepas, sebuah kerusi yang dibuang dari tingkat 21 Perumahan Rakyat Sri Pantai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur membunuh seorang remaja lelaki. – 19 Januari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen