Jangan tuduh kami main isu kaum, kata Guan Eng kepada menteri


Looi Sue-Chern

Lim Guan Eng mengatakan DAP tidak menggunakan taktik keji seperti isu kaum susulan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wee Ka Siong mengenai peruntukan sekolah Cina. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 19 Januari, 2018.

KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wee Ka Siong supaya tidak menggunakan isu kaum dalam pertikaian peruntukan sekolah Cina yang berlaku antara mereka.

Lim yang juga setiausaha agung DAP dan Wee bertikam lidah menerusi media mengenai peruntukan sekolah Cina di kawasan Parlimen Ayer Hitam yang dipegang Wee.

Wee juga adalah timbalan presiden MCA.

“Jangan tuduh kami mahu gunakan kaum dalam isu ini. Jangan kata kami beritahu orang Melayu yang anda hanya tolong orang Cina apabila awak beri dana kepada sekolah Cina.

“DAP tak guna taktik kotor begitu. Saya cabar dia beri bukti yang saya kata begitu,” kata Lim kepada wartawan hari ini.

Beliau merujuk kepada sebuah laporan disiarkan akhbar The Star hari ini yang memetik Wee sebagai berkata Lim dan DAP mahu mencetuskan kemarahan orang Cina kepada kerana tidak banyak menderma kepada sekolah Cina.

“Dan bila saya jawab yang kita ada peruntukan dana kepada sekolah Cina, mereka akan putar balik dan beritahu orang Melayu yang saya hanya tolong orang Cina,” kata Wee dipetik akhbar itu. – 19 Januari, 2018.

Berita penuh di sini.

 

 



 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dap nk serang ah wee kat ayer hitam,ah wee dh panik la tu

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan