BERSATU akan mengumumkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan status pentadbiran Perikatan Nasional esok.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Yusof berkata demikian selepas mesyuarat Bersatu awal hari ini.
Mesyuarat itu diadakan selepas timbul khabar angin yang Muhyiddin, pengerusi Bersatu, akan meletak jawatan sebagai perdana menteri.
“Insyallah akan ada pengumuman khas.
“Tetapi apa pun, bertenang sahaja dan tunggu esok,” kata Redzuan kepada wartawan, hari ini.
Muhyiddin tiba untuk mesyuarat diadakan di Publika, Kuala Lumpur itu jam 9.35 pagi tadi.
Antara yang terawal hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamad.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamarudin Jaffar turut hadir. – 15 Ogos, 2021.
MENYUSUL
Komen