Kes baharu Covid-19 turun bawah 21,000


Alfian Z.M. Tahir

Selangor masih merekodkan kes tertinggi Covid-19 dengan 6,606 diikuti Kuala Lumpur 2,028.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Ogos, 2021.

SELEPAS merekodkan lebih 21,000 kes dua hari berturut-turut, Malaysia menyaksikan sedikit penurunan kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 20,670 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes jangkitan kini 1,384,353.

Jumaat lalu, sebanyak 21,468 kes direkodkan, yang merupakan kes harian kedua tertinggi setakat ini.

Kes harian tertinggi direkodkan pada Khamis iaitu 21,668 kes.

Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 6,606 diikuti Kuala Lumpur 2,028.

Negeri lain pula adalah: Kedah merekodkan 1,796 kes, Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251), Perak (1,003), Pahang (794), Negeri Sembilan (727), Sarawak (725), Terengganu (560), Melaka (521), Perlis (61) dan Putrajaya (51).

Bagaimanapun, tiada kes bahau dilaporkan di Labuan. – 14 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen