11 kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan, kata menteri


Sebanyak 11 kit ujian kendiri Covid-19 diberikan kelulusan secara bersyarat setakat ini dan Gmate Covid-19 Ag Saliva salah satu daripadanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 13 Ogos, 2021.

SEBANYAK 11 kit ujian kendiri Covid-19 diberikan kelulusan secara bersyarat setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata daripada 11 kit ujian itu, tujuh kit ujian menggunakan sampel saliva (air liur) dan empat lagi menggunakan sampel nasal swab (calitan hidung).

“Kit ujian yang mendapat kelulusan bersyarat menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) itu, boleh diperoleh di fasiliti kesihatan awam dan swasta,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang menggunakan kit ujian disaran melaporkan keputusan ujian mereka menerusi aplikasi MySejahtera, bagi membolehkan pemantauan sewajarnya dilakukan oleh KKM.

Kit ujian itu adalah Beright-Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid); ALLTest Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate Covid-19 Ag Saliva; dan Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography).

Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay, Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing); Standard Q Covid-19 Ag Saliva Home Test; ProDetect ™ COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva); dan Newgene Bioengineering Covid-19 Antigen Detection Kit. – Bernama, 13 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen