Kes baharu Covid-19 lepasi 21,000 hari kedua berturut-turut


Seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan penuh sejak 1 Jun lalu dan sejak pandemik, lebih sejuta kes Covid-19 direkodkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Ogos, 2021.

SEHARI selepas merekodkan jumlah kes baharu harian Covid-19 paling tinggi sejak pandemik, Malaysia hari ini melaporkan angka kedua tertinggi iaitu 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 1,363,683.

Kes semalam dilaporkan 21,668 jangkitan baharu.

Selangor masih mendahului dengan jumlah kes baharu tertinggi dengan 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183).

Lima negeri melaporkan lebih 1,000 kes jangkitan ialah Johor (1,485), Sabah (1,654), Kedah (1,807), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

Negeri Sembilan turut melaporkan 974 kes baharu sementara Perak (940), Melaka (723), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66) dan Perlis (50).

Labuan yang mempunyai rekod imunisasi penuh tertinggi di negara ini melaporkan enam kes jangkitan baharu.

Dalam perkembangan lain, 9.84 juta atau 42% dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin sementara 16.54 juta atau 70.7% menerima dos pertama. – 13 Ogos, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen