UJIAN klinikal ke atas tiga jenis ubat akan dijalankan secara besar-besaran di 52 negara sebagai terapi yang berpotensi untuk merawat Covid-19, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ujian dalam kempen Solidarity Plus itu akan melibatkan ribuan pengkaji dan lebih 600 hospital.
“Terapi ini – artesunate, imatinib dan infliximab – dipilih oleh panel pakar bebas bagi potensinya dalam mengurangkan risiko kematian pesakit Covid-19 di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Artesunate sudahpun digunakan untuk rawatan malaria, manakala imanitib untuk rawatan kanser dan infliximab untuk penyakit sistem imun seperti Crohn’s Disease dan rheumatoid arthritis.
Ghebreyesus juga menggesa seluruh negara bekerjasama untuk memerangi varian Delta yang kini merebak pantas di seluruh dunia dan agar seluruh negara mendapat akses ke atas keperluan penting. – 12 Ogos, 2021.
MENYUSUL
Komen