Datuk Bandar JB direman 3 hari


Datuk Bandar Johor Bahru Adib Azhari Daud direman tiga hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Perintah reman terhadapnya dikeluarkan oleh Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, lapor Bernama.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, kata laporan itu.

Kesalahan tanggungjawab korporat itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Adib diwakili peguam Omar Kutty dan Hazza Khalid.

Semalam Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan Adib ditahan bagi siasatan dakwaan menerima rasuah daripada kontraktor untuk meluluskan projek.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri antara November 2017 hingga November 2019. – 11 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen