Varian Delta dorong Tunisia adakan ‘hari terbuka’ vaksinasi Covid-19


Seramai 551,008 orang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dari 300 pusat di seluruh negara yang disebut sebagai “hari terbuka” vaksinasi. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2021.

TUNISIA semalam melancarkan program vaskinasi Covid-19 untuk golongan berusia lebih 40-an selepas menerima lebih enam juta dos dari luar negara bagi memerangi penularan jangkitan wabak.

Kementerian Kesihatan berkata, 551,008 orang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dari 300 pusat di seluruh negara yang disebut sebagai “hari terbuka” vaksinasi.

Tunisia yang berdepan krisis politik dan ekenomi sudah menerima lebih enam juta dos dari negara-negara Barat dan Arab, malah vaksin tambahan sama juga sedang dalam proses penghantaran, kata Presiden Kais Saied pada Khamis lepas.

Saied mengumumkan penubuhan unit krisis koronavirus yang dikawal oleh seorang pegawai tentera peringkat tertinggi.

Pihak berkuasa Tunisia menyasarkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin diberikan kepada separuh penduduknya pada pertengahan Oktober.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada minggu lalu berkata bahawa Tunisia yang mempuyai angka kematian Covid-19 tinggi mungkin berada di kemuncak gelombang trbaru tetapi kerajaan perlu segera memvaksinasi seluruh penduduk.

Varian Delta penyebab lebih 90% kes di Tunisia yang semalam mencatatkan 2,546 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 610,660 dengan hampie 21,000 kematian. – AFP, 9 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen