Lebih 24.5 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam, kata Adham


Setakat ini seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua vaksin Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Ogos, 2021.

SEBANYAK 24,542,437 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 48.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9% melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua. 

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama, 9 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen