9,918 kematian sejak awal tahun ini, kata KP Kesihatan


Sejumlah 8,615 kematian atau 86.9% dilaporkan kematian di hospital manakala 1,303 atau 13.% merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Ogos 2021.

MALAYSIA mencatatkan 9,918 kematian Covid-19 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 471 kematian pada masa yang sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sejumlah 8,615 kematian atau 86.9% dilaporkan kematian di hospital manakala 1,303 atau 13.% merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Sebanyak 8,081 kes atau 93.8% kematian di hospital melibatkan rakyat Malaysia.

Bagi BID, sejumlah 819 kes atau 62.9% melibatkan rakyat Malaysia manakala 484 kes lagi atau 37.1% melibatkan warga asing.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kematian yang lebih tinggi tahun ini adalah disebabkan oleh penularan varian Delta yang lebih berbahaya.

Pakar kesihatan juga berkata peningkatan kematian disebabkan oleh kurangnya perawatan kerana hospital mencapai tahap maksimum dalam memerangi wabak tersebut.

Sehingga hari in, terdapat 1,097 pesakit Covid-19 di ICU di mana 575 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 210 kematian dilaporkan hari ini sekali gus meningkatkan jumlah kematian akibat virus itu kepada 10,389 orang. – 7 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen