PKPD di 14 lokaliti Pahang, Sabah mulai Isnin


PKPD di Sabah membabitkan kawasan di Tawau, Penampang, Papar dan Kudat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2021.

SEBANYAK lima lokaliti di Pahang dan sembilan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Isnin ini hingga 22 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Hishammuddin Hussein, berkata di Pahang, lokaliti dikenakan PKPD adalah Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau di Maran; Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak di Bentong; Felda Sungai Panching Selatan di Kuantan dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading di Rompin.

“PKPD di Sabah membabitkan empat kawasan perumahan di Semarak, Tawau, iaitu Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati.

“Selain itu di Penampang membabitkan lokaliti Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu; Kampung Marau di Sipitang; Kampung Baru Kimanis, Papar serta Kampung Tanjong Kapor di Kudat,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 26 Julai lalu, ditamatkan pada 8 Ogos seperti yang dijadualkan.

“Lokaliti itu adalah Medan Klebang Restu, Mukim Chemor, Kinta di Perak; Blok 5, Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin di Pahang; asrama pekerja dan tapak binaan Hospital Pendang, Kedah,” katanya

Di Sabah, dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias; Kampung Tungkang di Kudat dan perumahan Ladang Kim Loong di Beluran dan di Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu turut ditamatkan PKPD esok (8 Ogos).

Katanya, PKPD yang dilaksanakan pada 3 Julai lalu di Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, ditamatkan lebih awal mulai esok serta PKPD di Kampung Pituru Kinarut di Papar, Sabah yang dilaksanakan pada 21 Julai lalu juga ditamatkan pada Ahad (8 Ogos), lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menyentuh operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam, beliau berkata, 112 premis diarah tutup serta-merta susulan kegagalan mematuhi SOP.

Menurut Hishammuddin, seramai 261 individu dikenakan kompaun kerana ingkar SOP dan 21 lagi direman manakala dalam Op Benteng, tiada pendatang tanpa izin ditahan namun tiga kenderaan darat dirampas. – Bernama, 7 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen