KETUA Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia tengah hari tadi akibat jangkitan Covid-19, umum Setiausaha Pemuda Amanah Asim Abdullah.
Beliau berusia 34 tahun.
Asim dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan Shazni meninggal dunia selepas lebih seminggu berada dalam keadaan kritikal.
Shazni, yang juga ketua Pemuda Amanah, dijangkiti Covid-19 pada pertengahan Julai.
“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya.
Allahyarham memaklumkan beliau positif Covid-19 pada 19 Julai, selepas mengalami demam panas dan sakit seluruh badan. Beliau kritikal pada 24 Julai.
Allahyarham Shazni meninggalkan seorang balu dan tiga anak. – 6 Ogos, 2021.
Komen