AKTIVIS Nathaniel Tan melancarkan mogok lapar, berharap tindakannya itu dapat menggesa kerajaan mengambil tindakan segera menangani kesukaran dihadapi rakyat yang berpunca daripada krisis ekonomi dan kesihatan.
Tan, 40, berkata beliau bosan dengan sarkis politik yang tidak henti-henti berlaku di negara ini, dan beliau menetapkan lima tuntutan sebelum menamatkan mogoknya.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight sebab utama mogoknya itu ialah kerana pihak berkuasa tidak memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat.
Tan akan berkhemah di kaki lima rumah kedai di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur sejak memulakan mogoknya semalam dan akan hanya minum air.
Beliau memasang khemah kecil berwarna biru dengan Jalur Gemilang kecil dikibarkan di bumbung khemah yang akan menjadi rumahnya sepanjang mogok.
Tuntutan pertamanya ialah membenarkan pakar dasar awam seperti pakar perunding pediatrik Amar Singh, doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti Malaya Adiba Kamarulzaman, Dr Khor Swee Keng dan yang lain-lain untuk menasihati kerajaan berkenaan pandemik Covid-19.
Tuntutan kedua ialah kerajaan perlu memperuntukkan RM500 juta untuk membantu hospital dalam mengendalikan pandemik ini.
“Wang ini tidak perlu melalui birokrasi hospital.
“Sebaliknya doktor boleh dengan bebas dan membuat senarai peralatan diperlukan dalam cara yang telus,” katanya.
Tan berkata tuntutan ketiganya ialah membenarkan penjawat awam bebas bercakap.
“Jika petugas barisan hadapan perubatan tidak beritahu kami apa sebenarnya yang berlaku, kita tidak akan dapat melawan Covid-19 dengan berkesan.
“Jika pihak berkuasa terus mengawal data dan statistik dan kita tidak dapat memperolehnya dengan bebas, kita tidak akan tahu betapa teruknya keadaan hinggalah sudah terlalu lambat nanti,” katanya. – 5 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen