Hampir 23 juta dos vaksin diberi setakat semalam, kata menteri


Setakat ini, seramai 14,941,585 orang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2021.

SEBANYAK 22,646,581 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,941,585 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 45.8% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 23.6% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 494,214 dos diberikan semalam dengan 230,053 adalah pemberian dos pertama manakala 264,161 lagi adalah dos kedua. – Bernama, 5 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen