PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 10 September depan, kata Speaker DUN Ab Rauf Yusoh.
Persidangan selama lima hari itu dilangsungkan setelah mendapat keizinan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam.
“Kita pun baru saja mendapat kelulusan dan usul akan dimuktamadkan dalam tempoh itu.
“Tiada usul khusus… kita bawa semua usul yang memerlukan perhatian kerajaan negeri untuk kebaikan dan keharmonian rakyat dalam menangani wabak Covid-19,” katanya ketika ditemui media di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah di Alor Gajah hari ini.
Sebelum ini, sidang DUN dijangka diadakan pertengahan Julai, bagaimanapun penetapan tarikh sebenar bergantung kepada keputusan Yang di-Pertua Negeri.
Kali terakhir sidang DUN dilaksanakan adalah pada awal Disember tahun lepas. – Bernama, 4 Ogos, 2021.
Komen