SEBANYAK 19,819 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara pada Januari tahun lalu, umum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Lebih separuh daripada jumlah itu direkodkan di Selangor dengan 8,377 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,467 kes, katanya.
Angka harian tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 31 Julai lalu, iaitu 17,786 kes.
Dr Noor Hisham berkata jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 1,183,110 kes.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata sebanyak 22,152,367 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua, katanya.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 483,368 dos diberikan semalam, dengan 240,394 adalah pemberian dos pertama manakala 242,974 lagi adalah dos kedua. – 4 Ogos, 2021.

Komen