KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 30 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kluster aktif kini naik kepada 1,143, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, 14 kluster membabitkan masing-masing tempat kerja dan komuniti, manakala dua lagi kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Beliau juga berkata Kelantan dan Selangor masing-masing merekodkan enam kluster; diikuti empat di Johor; Sarawak (3); masing-masing dua di Perak, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan; serta Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing satu kes.
Berikut 30 kluster yang dikesan:
Komuniti
1. Kg Banir Belikong di Pasir Puteh, Kelantan (19 kes)
2. Kg Jelor di Pasir Puteh dan Kota Bharu, Kelantan (19)
3. Kg Padang Bongor di Kota Baru, Kelantan (12)
4. Taman Kifayah di Jeli, Kelantan (11)
5. Kg Cherang Hangus Machang di Machang, Kelantan (11)
6. Kg Padang Tok La di Pasir Mas, Kelantan (8)
7. Dah Kg Nonang di Kota Star, Kedah (45)
8. Dah Kg Tiang di Pendang, Kedah (30)
9. Kerteh Lima di Dungun, Terengganu (78)
10. Kg Telaga Air di Kuching, Sarawak (61)
11. Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah (33)
12. Kg Sungai Isap di Kuantan, Pahang (25)
13 Kg Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor (23)
14. Taman Parit Jaya di Perak Tengah dan Kuala Kangsar, Perak (19)
Tempat kerja
1. Tapak Bina Bestari Satu di Klang, Selangor (161)
2. Industri Bangi Lama Batu Satu Setengah di Hulu Langat, Selangor (124)
3. Industri Canang Emas Lapan di Klang, Selangor (109)
4. Tapak Bina Damar 2 di Sepang dan Petaling, Selangor (68)
5. Tapak Bina Kenanga Salak Perdana di Sepang, Selangor (48)
6. Merbau 10 Kulai di Kulai dan Johor Bahru, Johor (9)
7. Perindustrian Jamil Dua di Muar, Johor (41)
8. Jalan Industri Bioteknologi Dua di Johor Bahru, Johor (9)
9. Industri Jalan Mutiara Nilai di Seremban, Negeri Sembilan (44)
10. Industri Gedok di Tampin, Negeri Sembilan (30)
11. Mega Suai di Subis, Sarawak (24)
12. Jalan Industry Estate 38 di Bintulu, Sarawak (17)
13. Rimba Mentakab di Temerloh, Pahang (24)
14. Jong Langkap di Hilir Perak, Perak (11)
Kumpulan berisiko tinggi
1. Jalan Seri Impian Tiga di Kluang, Johor (37)
2. Jalan Pahang Bidor di Titiwangsa, Kuala Lumpur (16)
Pertambahan 30 kluster baharu itu juga menjadikan sebanyak 3,761 dikesan sejak negara dilanda pandemik pada Januari tahun lalu, dengan 2,618 telah diisytiharkan tamat, kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini. – 3 Ogos, 2021.
Komen