Kerajaan 'itik tempang' gagal tubuh majlis pemulihan, kata Rafidah


Noel Achariam

Rafidah Aziz hari ini menyelar kerajaan Perikatan Nasional sebagai 'itik tempang' kerana apa sahaja yang dibuat kerajaan tidak menjadi, malah gagal pula untuk tubuhkan Majlis Pemulihan Negara untuk melawan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2021.

RAFIDAH Aziz hari ini menyelar kerajaan sebagai ‘itik tempang’ kerana gagal tubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk tangani pandemik Covid-19.

“Pada pandangan saya kerajaan ini adalah kerajaan itik tempang. Kabinet itik tempang, kerajaan itik tempang, kerana apa pun mereka tak boleh buat.

“Saya percaya kalau pergi mengundi pun mereka akan kalah bukan kerana orang tak suka, tapi orang tak dapat tengok hasil yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan masyarakat,” katanya semasa forum dalam talian di Facebook hari ini.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata beliau percaya kerajaan perlukan ahli daripada semua sektor bagi menjayakan MPN.

“Buat (MPN) untuk negara dan rakyat. Jangan fikir tentang ganjaran dalam itu. Kita perlu ada hala tuju untuk semua sektor (supaya dihidupkan kembali),” katanya.

Pada Ahad, Dr Mahathir berkata, MPN yang dicadangkan olehnya akan melibatkan 20 anggota supaya keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

Melalui blognya bekas perdana menteri berkata, MPN yang dicadangkannya pada Jun itu akan merangkumi empat ahli politik, enam doktor, lima pakar ekonomi, dua pakar perundangan dan tiga ahli pendidikan. – 3 Ogos, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen