DR Mahathir Mohamad hari ini meminta Putrajaya membenarkannya menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan tidak menganggapnya sebagai musuh tetapi hanya untuk membantu.
Bekas perdana menteri itu berkata, tidak kira sesiapa pun yang memerintah, mereka perlu menubuhkan MPN dan memberikannya kuasa untuk membantu rakyat Malaysia.
“Janganlah fikir kami musuh, kami nak tolong. Bagilah peluang kepada kami menubuhkan badan ini bagi kuasa, dan juga peruntukan wang yang sepatutnya dan kami akan usaha supaya kerajaan akan lihat negara kita ini pulih semula.
“Sebab itu saya berpendapat kerajaan tak mampu, kerana mereka orang politik,” katanya.
Pada Ahad, Dr Mahathir berkata, MPN yang dicadangkan olehnya akan melibatkan 20 anggota supaya keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.
Melalui blognya bekas perdana menteri berkata, MPN yang dicadangkannya akan merangkumi empat ahli politik, enam doktor, lima pakar ekonomi, dua pakar perundangan dan tiga ahli pendidikan.
Dr Mahathir berkata mereka berharap dapat menubuhkan majlis itu segera bagi membantu rakyat dengan jumlah kes yang meningkat lebih 17,000 jangkitan.
“Jumlah kes baharu dah terlalu banyak dan banyak tindakan yang perlu diambil yang lebih mencabar berbanding sewaktu kes tak banyak. 17000 susah nak tangani
‘Saya harap kerajaan janganlah fikir kami ni musuh, nak jatuh kerajaan,” katanya. – 31 Julai, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen