KKM lapor 29 kluster baharu Covid-19, 10 di Kelantan


Ravin Palanisamy

Sebanyak 29 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir, 10 daripadanya di Kelantan dengan kebanyakannya melibatkan jangkitan komuniti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2021.

SEBANYAK 29 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir, 10 daripadanya di Kelantan dengan kebanyakannya melibatkan jangkitan komuniti, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 13 dikesan di tempat kerja manakala yang lain melibatkan kumpulan berisiko tinggi, institusi Pendidikan dan agama, kata ketua pengarah kesihatan.

Selain 10 di Kelantan, enam dikesan di Johor, masing-masing tiga di Pulau Pinang dan Pahang, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Sabah, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.

29 kluster baharu berkenaan adalah:

Tempat kerja

1. Jalan Bestari Empat di Johor Bahru, Johor - 45 kes

2. Jalan Industri Lapan Emas di Pontian, Johor - 24 kes

3. Batu 10 Skudai di Johor Bahru dan Kulai, Johor - 19 kes

4. Industri Lagenda Putra Lapan di Kulai, Johor - 16 kes

5. Industri Perai Dua Seberang Prai Utara, Selatan dan Tengah, Pulau Pinang - 35 kes

6. Lintang Batu Lanchang in Utara-Timur dan Barat Daya, Pulau Pinang - 24 kes

7. Zon Perdagangan Bebas Perai di Seberang Perai Tengah dan Selatan, Pulau Pinang – 10 kes

8. Tapak pembinaan Batu Lima 2 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 179 kes

9. Jalan Pusat Bandar di Kepong, Kuala Lumpur - 19 kes

10. Sg Enggang di Rompin, Pahang - 14 kes

11. Kg Tanjung Balok di Kuantan, Pahang - 9 kes

12. Sibulu di Tenom, Sabah - 55 kes

13. Cabang Tiga Lemal di Pasir Mas, Kelantan - 8 kes

Komuniti

14. Paloh Gua Musang di Gua Musang, Kelantan - 34 kes

15. Aring Gua Musang di Gua Musang, Kelantan - 32 kes

16. Kg Bukit Cina Kok Lanas di Kota Bharu dan Machang, Kelantan - 22 kes

17. Cabang Empat Chetok 2 di Pasir Mas, Kelantan - 18 kes

18. Kg Kubang Telaga di Bachok, Kelantan – 16 kes

19. Kg Dewan Kecil di Machang, Kelantan - 10 kes

20. Kerteh Tiga di Dungun, Terengganu - 60 kes

21. Dah Kg Tok di Kota Setar, Kedah - 39 kes

22. Tembeling Tengah di Jerantut, Pahang - 27 kes

23. Kg Esso Intan di Hilir Perak, Perak - 22 kes

24. Kg Raya Sagil di Tangkak, Johor - 13 kes

Kluster lain

25. Jalan Pekan Baru di Klang, Selangor - 24 kes (kumpulan berisiko tinggi)

26. Jalan Hospital Bandar Kota Bharu di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh, Kelantan - 17 kes (kumpulan berisiko tinggi)

27. Jalan Temenggong  Ahmad di Muar, Johor - 9 kes (kumpulan berisiko tinggi)

28. Kg Dalam Rhu Tumpat di Tumpat, Kelantan - 23 kes (institusi pendidikan)

29. Kg Belukar Kadok di Kota Bharu, Kelantan - 8 kes (pusat keagamaan)

Dr Noor Hisham menambah, sehingga kini sebanyak 1,128 kluster dilaporkan masih aktif. – 2 Ogos, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen