HEINEKEN mencatatkan keuntungan pada separuh pertama tahun ini ketika banyak negara mula menarik semula sekatan pergerakan Covid-19, walaupun pandemik itu terus mempengaruhi pembuat bir Belanda di pasaran utama.
Keuntungan bersih naik kepada AS$1.2 bilion dalam enam bulan pertama 2021 selepas syarikat itu mengalami kerugian AS$352.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun Heineken berkata pihaknya menjangkakan hasil kewangan setahun penuh akan tetap kekal di bawah tahap seperti sebelum pandemik.
“Kami sukacita melaporkan sejumlah hasil jitu buat setengah tahun pertama, walaupun pandemik terus mempengaruhi dunia dan perniagaan kami,” kata ketua eksekutif Heineken, Dolf van den Brink dalam satu kenyataan.
“Namun perlu berhati-hati juga,” kata van den Brink.
Covid-19 terus memberi kesan di Asia dan Afrika, dua wilayah utama bagi pembuat bir, sementara kenaikan kos komoditi akan mula mempengaruhi Heineken pada separuh kedua, katanya. – AFP, 2 Ogos, 2021.
Komen