China sumbang mesin ventilator kepada Cuba


China memberi bantuan mesin ventilator kepada Cuba yang berdepan gelombang baharu Covid-19. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2021.

SEJUMLAH 30 mesin ventilator sumbangan kerajaan China tiba di Havana, Cuba pada Sabtu.

Sumbangan tersebut merupakan bantuan kumpulan pertama daripada China kepada Cuba yang berdepan gelombang baharu Covid-19.

Memetik laporan media rasmi Cuba, kedua-dua negara telah berganding bahu dan saling membantu sejak tercetusnya pandemik Covid-19.

Bekalan perubatan lain seperti pelitup muka dan peralatan perlindungan diri akan tiba di negara itu tidak lama lagi.

Sumbangan kali ini mencerminkan keakraban hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Naib Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez Parrilla menerusi akaun media sosialnya merakamkan penghargaan atas bantuan itu ketika negara sedang menghadapi detik yang sukar.

“Perpaduan dan kerjasama antara kaedah untuk mengatasi wabak,” katanya. – Bernama, 2 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen