Lebih 21 juta dos vaksin Covid-19 diberikan hingga semalam


Sebanyak 21,200,473 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2021.

SEBANYAK 21,200,473 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata daripada jumlah itu, sebanyak 14,247,659 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 6,952,814 adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 43.6% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 21.3% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” menurut JKJAV.

Bagi vaksinasi harian pula sebanyak 480,122 dos diberikan semalam dengan  298,236 adalah pemberian dos pertama manakala 181,886 lagi dos kedua. – Bernama, 2 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen