Polis buru 4 tahanan positif Covid-19


POLIS sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Penampang, Sabah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim, berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada pukul 3.30 pagi tadi. 

Katanya, warga Filipina terbabit adalah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

“Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama, 1 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen