Hospital Medan HTAR akan diserah Rabu depan


Projek Hospital Medan ATM yang sedang dibangunkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kini mencapai tahap 35 peratus siap dan dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tengah malam ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2021.

HOSPITAL Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang dibangunkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akan diserahkan untuk penggunaan pada Rabu ini.

Menerusi hantaran di Facebook hospital berkenaan hari ini, HTAR memaklumkan projek itu kini mencapai tahap 35 peratus siap dan dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tengah malam ini.

“Projek ini telah selesai lima peratus lebih awal daripada jadual dan akan diserahkan untuk penggunaan pada 4 Ogos ini,” menurut hantaran itu.

Pada 8 Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Hospital Medan ATM  akan diwujudkan di HTAR bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor dan membantu Kementerian Kesihatan menangani situasi pandemik Covid-19 di negeri itu ketika ini. – Bernama, 31 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen