Syria hargai sumbangan vaksin Covid-19 dari China


Vaksin Covid-19 kumpulan kedua yang disumbangkan Persatuan Palang Merah China kepada Syria selamat tiba di Damsyik, pada Khamis lepas. – Gambar EPA, 31 Julai, 2021.

VAKSIN Covid-19 kumpulan kedua yang disumbangkan Persatuan Palang Merah China kepada Syria selamat tiba di Damsyik, pada Khamis.

Sumbangan vaksin keluaran Sinopharm itu diserahkan Kedutaan China kepada Kementerian Kesihatan Syria.

Menteri Kesihatan, Hassan al-Ghobash merakamkan penghargaan kepada China yang terus membantu usaha Syria membendung wabak.

Katanya, vaksin Covid-19 yang dibangunkan China telah mendapat pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan terbukti berkesan memberikan perlindungan.

Sementara itu Duta China, Feng Biao berkata, memandangkan kemunculan beberapa varian baharu Covid-19, adalah mustahak dunia memperkasa kolaborasi untuk memerangi pandemik itu.

Sejak pandemik tercetus di Syria, China telah menyalurkan sejumlah besar bantuan peralatan perubatan, selain berkongsi pengalaman mengenai diagnosis dan rawatan pesakit dengan pakar negara itu.

Bekalan pertama vaksin sumbangan China tiba di Damsyik pada 24 April lalu. – Bernama, 31 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen