Kematian Covid-19 di Mexico lebih banyak dari yang dilaporkan, menurut statistik


Mexico yang mempunyai 126 juta penduduk kini mencatatkan jumlah kematian Covid-19 skeitar 240,000 orang. – Gambar EPA, 30 Julai, 2021.

MEXICO mencatatkan lebih 200,000 kematian akibat koronavirus pada 2020 – 35% lebih banyak dari yang dilaporkan oleh kerajaan pada awalnya, kata lembaga statistik nasional semalam.

Menurut angka awal berdasarkan rekod pentadbiran, sebanyak 201,163 kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Mexico tahun lalu, kata presiden INEGI Julion Santaella di Twitter.

Ia dibandingkan dengan angka kementerian kesihatan sebanyak 148,629, katanya.

Negara yang mempunyai 126 juta penduduk kini mencatatkan jumlah kematian Covid-19 skeitar 240,000 orang, menurut kementerian kesihatan di mana ia merupakan yang keempat tertinggi di dunia.

Ujian saringan di Mexico masih sangat terhad dan pegawai kerajaan sebelum ini mengakui jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Walaupun angka kementerian kesihatan berdasarkan kematian di hospital, agensi statistic menggunakan metodologi yang berbeza dan termasuk kematian di tempat lain.

Ramai pesakit Covid-19 dipercayai meninggal dunia di rumah dan tidak dikira secara rasmi.

Koronavirus adalah penyebab utama kematian kedua pada 2020 selain penyakit jantung, menurut INEGI.

Mexico kini berada dalam gelombang ketiga jangkitan yang mula menyerang golongan muda Mexico yang masih divaksin khususnya, walaupun kematian dan kemasukan ke hospital masih rendah berbanding pada Januari. – Bernama, 30 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen