Pertuduhan terhadap bekas penasihat Najib, peguam Umno digugurkan


Paul Stadlen dilaporkan tinggal di Israel selepas meninggalkan Malaysia pada 2018, selepas kejatuhan pentadbiran Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2021.

PERTUDUHAN pengubahan wang haram terhadap bekas penasihat media Najib Razak, Paul Geoffrey Stadlen digugurkan selepas beliau bersetuju untuk memulangkan wang berjumlah RM7.1 juta yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Stadlen telah bersetuju untuk melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 dan keseluruhan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata agensi anti rasuah dalam satu kenyataan. 

Pemulangan semula dana berkenaan turut menyebabkan pembebasan peguam Umno, Hafarizam Harun daripada tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM15 juta di mahkamah hari ini, tambah SPRM.

“Perkara tersebut diputuskan setelah mengambil kira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucut hak. Sehubungan dengan itu, kes terhadap beliau ditarik balik,” kata SPRM. 

Tambahnya, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tindakan kompaun di bawah Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) berjumlah RM590,587.26 dikenakan terhadap Mohd Hafarizam setelah mengambil kira serta mempertimbangkan alasan-alasan yang munasabah termasuk lanjutan daripada penarikan balik kes terhadap Paul Geoffrey Stadlen. 

SPRM bagaimanapun tidak menyatakan bila dana berkenaan alan dikembalikanoleg Stadlen atau bila pertuduhan itu akan ditarik balik. 

Stadlen yang merupakan bekas pengarah urusan Apco Worldwide Malaysia dan perunding kepada Najib, didakwa tanpa hadir pada Februari 2019 atas dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM15 juta. 

Dia didakwa mengarahkan dua pemindahan wang, RM8.11 juta dan RM6.14 juta, yang didakwa bayaran untuk aktiviti haram, daripada sebuah akaun bank pelanggan firma guaman Hafarizam kepada beberapa individu dan syarikat. Pemindahan itu dibuat pada 2014 dan 2015. 

Hafariam turut didakwa pada Februari 2019 dengan dua pertuduhan pengubahan wang hara, melibatkan RM15 juta yang didakwa diterima daripada Najib. – 30 Julai, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen