ISRAEL akan mula menawarkan suntikan tambahan vaksin Covid-19 kepada individu berusia 60 tahun ke atas, kata Perdana Menteri Naftali Bennett semalam.
Pemberian vaksin bermula Ahad ini, sebagai sebahagian daripada kempen melengkapkan vaksin bagi warga emas 60 tahun ke atas yang sudah menerima dua dos lima bulan lalu.
Langkah itu juga diambil susulan penularan varian Delta yang lebih mudah merebak, kata Bennett dalam kenyataan.
“Saya menyeru kepada warga emas yang lengkap divaksin untuk mendapatkan suntikan tambahan. Lindungi diri anda.”
Kira-kira 55% daripada sembilan juta penduduk Israel sudah menerima dua dos, kebanyakannya vaksin Pfizer-BioNTech.
Israel mencatat lebih 1,400 kes baharu Covid-19 semalam. – AFP, 30 Julai, 2021.
Komen